Select Page

Perjumpaan Unit Beruniform Kali Kedua Sesi 2022/2023

Perjumpaan Unit Beruniform Kali Kedua Sesi 2022/2023

Pada 14 Mei 2022 (Sabtu), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan perjumpaan unit beruniform kali kedua sesi 2022/2023. Perjumpaan tersebut bermula pada pukul 8.00pagi di dewan PIBG SMK Seri Kembangan. Perjumpaan unit beruniform ini merupakan perjumpaan yang pertama secara bersemuka sepanjang wabak covid-19.

Perjumpaan ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah diiringi oleh ketua pengakap, Khoo Lynn. Seterusnya, pengerusi bagi setiap unit beruniform melaporkan kehadiran ahli kepada ketua pengakap. Sementara itu, semua pelajar berdiri dalam barisan dengan tegak. Selepas itu, Pn Nor Faizatul binti Sukhairi selaku penyelaras Unit Beruniform memberikan ucapan kepada semua pelajar yang menghadiri perjumpaan ini.

Perjumpaan unit beruniform kali kedua sesi 2022/2023 bersurai pada pukul 8.45pagi dan setiap unit beruniform berkumpul di tempat masing-masing untuk menjalankan latihan.

About The Author

Leave a Reply