Select Page

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50(Sesi 2023/2024)

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50(Sesi 2023/2024)

Pada 13 May 2023 (Sabtu) yang lalu,SMK Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Ke-50 (2023/2024) di Auditorium SMK SK. Mesyuarat ini bermula pada pukul 10 pagi dengan ketibaan Yang Berusaha Datuk Teo Geck Heng, Yang Di Pertua PIBG SMK Seri Kembangan diiringi oleh barisan pentadbir masuk ke auditorium.
Selepas nyanyian lagu negaraku, yang berusaha Pn Teo Boon Hwa dijemput untuk memberi ucapan dan laporan beliau.
Bagi menghargai jasa ajk pibg, Dato Teo Geck Heng, YDP PIBG dijemput untuk menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Pn Teo Boon Hwa, selaku Penasihat PIBG SMK Seri Kembangan dan seterusnya Pn Teo Boon Hwa pula menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada ahli-ahli YDP PIBG, AJK Guru, AJK PIBG (wakil ibu bapa) dan juruaudit.
Selepas penyampaian sijil dan penghargaan,Majlis Mesyuarat Agung diteruskan dengan pembentangan laporan tahunan 2022/2023 oleh Pn Chang Shuh Nyang selaku Setiausaha PIBG. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan penyata kewangan mempersilakan tahunan 2022/2023 oleh Pn Kong Hui Lan, Bendahari PIBG. Setelah selesai pembentangan semua laporan, mesyuarat
diteruskan dengan pembubaran Ajk pibg oleh ydp pibg, Dato Teo Geck Heng.
Seterusnya, Encik Abu Salim bin Cheertoe iaitu Pengerusi Sementara mengambil alih bagi meneruskan Pelantikan AJK Baharu. Sebelum Majlis Mesyuarat Agung berakhir, majlis mempersilakan Pn Teo Boon Hwa untuk membentang usul-usul lain. Akhirnya, Mesyuarat Agung ini berakhir pada pukul 12.30 petang dengan sempurna.

About The Author

Leave a Reply