Select Page

Pertandingan Karnival Kokurikulum (KBAT) 2022

Pertandingan Karnival Kokurikulum (KBAT) 2022

Pada 29 Julai 2022 (hari Jumaat), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Pertandingan Karnival Kokurikulum (KBAT). Aktiviti ini diadakan untuk membudayakan inovasi dan meningkatkan produktiviti murid-murid. Pertandingan ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, di Dataran ilmu. Dalam pertandingan ini, Kelab Leo telah membuat eksperimen kapal selam dan letusan gunung api bersama dengan Kelab STEM. Seterusnya, Kelab Belia Buddhist telah mengadakan aktiviti mengasingkan kacang-kacang yang berbeza untuk memupuk penumpuan dan kesabaran murid-murid. Tambahan pula, Kelab Liveband memainkan beberapa lagu terkenal yang digemari oleh murid-murid dan telah memeriahkan suasana.

About The Author

Leave a Reply