Select Page

Program Jom Membaca Bersama 10 Minit Sempena Bulan Membaca 2023

Program Jom Membaca Bersama 10 Minit Sempena Bulan Membaca 2023

Pada 4 April 2023 (Selasa) yang lepas, SMK Seri Kembangan telah mengadakan Program Jom Membaca Bersama 10 Minit Sempena Bulan Membaca di seluruh kawasan sekolah. Program ini diadakan pada pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi. Semua guru dan murid SMK Seri Kembangan terlibat dalam program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah. Secara tidak langsung, program ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru serta murid-murid tentang kepentingan dan kebaikan tabiat membaca.

About The Author

Leave a Reply