Select Page

Majlis Persaraan Puan Chua Yah In

Majlis Persaraan Puan Chua Yah In

Pada 18 April 2023 (Selasa) yang lalu, Sekolah Menenengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Persaraan Puan Chua Yah In di Auditorium PIBG. Majlis tersebut bermula pada pukul 1:00petang hingga 3:00petang.

Puan Chua telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 24 tahun. Beliau merupakan seorang guru profesional yang bertanggungjawab dan bersemangat tentang pendidikan. Pada hari itu, wakil guru-guru, Puan Wong Lai Ping memberikan ucapan berterima kasih kepada selama Puan Chua berkhidmat di SMK Seri Kembangan selama 24 tahun. Selain itu, Puan Chua Yah In memberi ucapan dan turut berterima kasih kepada AJK yang mengendalikan majlis kepadanya serta ucapan terima kasih kepada anak-anak, murid-murid, kelab Diabolo, guru mata pelajaran pendidikan moral dan bahasa cina. Selepas ucapan Puan Chua, pengacara majlis menjemput Pengetua Puan Teo Boon Hwa untuk memberikan ucapan. Setelah itu, satu video ringkas telah ditayangkan mengenai biodata Pn Chua beserta dengan khidmat yang telah ditaburkan sepanjang bergelar seorang guru. Video menarik tersebut telah disediakan oleh Pn Nurul Ezzah untuk tatapan murid dan guru.

Pada hari yang sama, 18 April 2023 merupakan hari lahir Pn Chua. Para guru dan murid bersama menyanyikan lagu hari lahir kepada Pn Chua.

Majlis turut mengadakan sesi penyampaian cenderahati, persembahan nyanyian guru dan murid, persembahan tarian dan persembahan kelab diabolo khusus kepada Pn Chua.

About The Author

Leave a Reply