Select Page

Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2023

Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2023

Pada 8 Jun 2023 (Khamis), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2023. Majlis tersebut bermula pada pukul 10 pagi di Dewan PIBG SMK Seri Kembangan. Pelajar tingkatan 5 2022 berkumpul di dewan untuk mengambil keputusan SPM.

Pengetua SMK Seri Kembangan, Puan Teo Boon Hwa telah memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada semua pelajar SPM 2022 sebelum penyerahan slip keputusan SPM dimulakan. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil untuk pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 7A, 8A, 9A dan 10A. Murid-murid lain pula disuruh beratur untuk mengambil keputusan dengan guru kelas masing-masing di kaunter yang telah disediakan.

Pada masa yang sama terdapat juga universiti-universiti dan kolej-kolej swasta membuka kaunter untuk mempromosikan kelebihan menyambung pengajian di tempat-tempat mereka.

About The Author

Leave a Reply