Select Page

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2024/2025

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2024/2025

Pada 10 Mei 2024 (Jumaat), SMK Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2024/2025. Aktiviti ini telah melibatkan semua guru SMK Seri Kembangan, semua murid sesi pagi dan seramai 200 orang murid dari sesi petang. Acara merentas desa bermula seawal jam 8.00 pagi dan murid-murid kategori lelaki perlu menamatkan larian merentas desa sejauh 6KM, manakala bagi kategori perempuan pula sejauh 3KM. Guru-guru yang bertugas sebagai peronda telah melakukan rondaan secara kerap di laluan-laluan merentas desa bagi menjaga keselamatan para peserta. Kejohanan merentas desa bagi tahun 2024/2025 diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Johan bagi kejohanan merentas desa untuk tahun 2024/2025 telah disandang oleh Rumah Jentayu, manakala bagi naib johan pula dimenangi oleh Rumah Kenyalang dan tempat ketiga dimiliki oleh Rumah Bangau. Majlis kejohanan merentas desa telah tamat pada jam 12.00 tengah hari dan semua murid bersurai.

About The Author

Leave a Reply