Select Page

Sambutan Ambang Merdeka

Sambutan Ambang Merdeka

Pada 23 Ogos 2019 (Jumaat), Sekolah Menengah Seri Kembangan telah menganjurkan Sambutan Ambang Merdeka di dewan PIBG. Objektif sambutan Sambutan Ambang Merdeka dianjurkan adalah untuk memupuk dan menyemarakkan perasaan cinta dan menyayangi negara Malaysia. Objektif yang kedua ialah dapat mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah ini.Selain itu,Sambutan Ambang Merdeka yang dianjurkan dapat memberi peluang kepada pelajar agar dapat menggunakan kreativiti dan bakat mereka dalam sebarang aktiviti yang diadakan sepanjang bulan kebangsaan ini.Semua pelajar diminta berkumpul di dewan PIBG pada pukul 7:30. Pada pukul 8 pagi, program telah dimulakan dengan perarakan di pintu depan SMK Seri Kembangan.Selepas perarakan selesai,majlis dimulakan dengan persembahan daripada 24 Gendang Musim yang penuh semangat dan diteruskan dengan majlis peramian. Majlis diteruskan dengan persembahan menarik seperti persembahan pembarisan , nyanyian lagu patriotik dan tarian kebudayaan. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik bersama semua warga SMK Seri Kembangan.Sambutan Ambang Merdeka diakhiri pada pukul 9.30 pagi.

About The Author

Leave a Reply