Select Page

Rimup Tahun Baru Cina 2024

Rimup Tahun Baru Cina 2024

Pada 19 Januari 2024 (Jumaat) yang lepas, SMK Seri Kembangan telah mengadakan sambutan RIMUP Tahun Baru Cina 2024 bertempat di Dewan PIBG sekolah. Majlis Sambutan RIMUP Tahun Baru Cina bermula pada pukul 7.30 pagi yang dirasmikan oleh Puan Teo Boon Hwa, pengetua SMK SK dan Dato’ Teo Geck Heng, YDP PIBG.

Pelbagai persembahan yang menarik telah disajikan. Antaranya, persembahan Seni Ubah Wajah atau Bian Lian yang disampaikan oleh seorang pelakon India. Persembahan ini cukup memukau dan tepukan yang paling gemuruh daripada warga SMK SK. Selain itu, Persembahan yang mantap daripada pasukan Orkestra Cina dan Gendang 24 Musim SMK SK juga telah dipersembahkan. Majlis diserikan lagi dengan pertandingan Hui Chun iaitu pertandingan kaligrafi Cina yang sertai oleh semua guru dan murid SMK SK. Sebagai penutup majlis, persembahan tarian singa dipertontonkan untuk memeriahkan sambutan pada kali ini. Secara keseluruhanya, RIMUP Tahun Baru Cina 2024 telah memberi pendedahan kepada murid-murid yang berbilang kaum untuk memahami tradisi kaum Cina dengan lebih mendalam lagi.

About The Author

Leave a Reply