Select Page

Majlis Lambaian Kasih Sempena Persaraan Pn Rose Suzaini Binti Mohd Suan dan Pn Wan Nor Iza Binti Wan Ab Rahman

Majlis Lambaian Kasih Sempena Persaraan Pn Rose Suzaini Binti Mohd Suan dan Pn Wan Nor Iza Binti Wan Ab Rahman

Pada 8 Disember 2023 (Rabu) yang lalu, SMK SERI KEMBANGAN telah mengadakan Majlis Persaraan Pn Rose Suzaini & Pn Wan Nor Iza.MAJLIS LAMBAIAN KASIH ini merupakan majlis khusus yang diadakan sempena meraikan persaraan Pn Rose dan Pn Wan Nor Iza sebagai guru dan pendidik di sekolah ini. Majlis Persaraan ini dihadiri oleh Pn Teo Boon Hwa(Pengetua SMK SK),Pn Loo Gaik Gan (PK Hal Ehwal Murid ) , Pn Nor Fatimah binti Muhammad Nor (PK Ko-Kirikulum), Pn Tunsiah Rais(PK PETANG),Yang Diraikan Puan Rose Suzaini Binti Mohd Suan,Yang Diraikan Puan Wan Nor Iza Binti Wan AB Rahman dan semua guru serta murid SMK Seri Kembangan Sesi Petang. Pn Rose Suzaini telah berkhidmat selama 25 tahun dalam dunia pendidikan iaitu bermula pada 1 Mei 1995 sehingga 1 Jan 2024.Manakala, Pn Wan Nor Iza pula telah berkhidmat selama 27 tahun sebagai seorang pendidik iaitu bermula 6 Jan 1997 dan berakhir pada 2 Feb 2024.Di samping itu, Pn Nurul Ezzah dan En Mohd Afifi telah menyediakan sebuah video yang sangat menyentuh hati. Video tersebut turut mengetengahkan setiap butiran kedua-dua guru yang bakal bersara itu. Tambahan lagi, majlis ini turut mempersembahkan persembahan murid-murid yang sangat menarik di bawah pimpinan Pn Wong Chi Mun dan Pn Heah Sow Hoon. ⁠Majlis diakhiri dengan sesi fotografi semua guru sesi petang SMK SK. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada dua orang guru yang bersara iaitu Pn Rose Suzaini binti Mohd Suan dan Pn Wan Nor Iza binti Wan Ab Rahman.

About The Author

Leave a Reply