Select Page

Olimpik Muda Bola Tampar U16

Olimpik Muda Bola Tampar U16

Pada 29 November 2023 yang lepas, pertandingan Olimpik Muda Bola Tampar U16 telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru Seri Kembangan. Aktiviti ini telah dijalankan pada pukul 7.30 pagi hingga 3.00 petang. Dalam aktiviti tersebut, terdapat beberapa pasukan bola tampar dari sekolah menengah yang telah menghantar peserta-peserta dalam pertandingan tersebut. Aktiviti ini telah mewujudkan peluang kepada para peserta, jurulatih dan juga guru dari sekolah yang berlainan untuk mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, pertandingan ini juga dapar memberikan motivasi kepada pasukan-pasukan bola tampar untuk meneruskan latihan dengan bersungguh-sungguh. Oleh yang dimekian, semua pasukan dapat memperoleh pencapaian yang lebih tinggi dan membanggakan sekolah.

About The Author

Leave a Reply