Select Page

Latihan Personel Bil 5/2023 – Program Kolaborasi Pencegah Kebakaran

Latihan Personel Bil 5/2023 – Program Kolaborasi Pencegah Kebakaran

Pada 22 Julai 2023 (Sabtu) yang lalu, SMK Seri Kembangan telah mengadakan Latihan Personel 5 di Auditorium SMK SK. Program ini bermula seawal 7.30 pagi untuk sesi pendaftaran dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Latihan Personal ini dilaksanakan dengan kerjasama Unit Majalah, unit kurikulum dan Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL). Program yang dianjurkan berkaitan dengan sesi pengambaran bagi setiap panitia untuk keperluam majalah sekolah, perkongsian ilmu berkaitan 4P Pentaksiran Bilik Darjah, taklimat brkaitan aturcara dan perjalanan Hari Sukan yang bakal diadakan pada 28 Julai 2023 bersamaaan hari jumaat dan Program Kolaborasi Pencegahan Kebakaran oleh pihak PPKKL. Semua guru sangat bersemangat sepanjang program Latihan Personel 5 ini berjalan. Pada sesi slot terakhir, semua guru bergambar bersama dengan pihak PPKKL sebagai kenang-kenangan. Secara keseluruhannya, program ini memberi kesan yang mendalam kepada semua guru yang hadir.

About The Author

Leave a Reply