Select Page

Majlis Persaraan Puan Tan Jin Yin

Majlis Persaraan Puan Tan Jin Yin

Pada hari 18 Mac 2023 yang lalu, SMK Seri Kembangan telah mengadakan Program Majlis Persaraan Puan Tan Jin Yin di dewan sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan persaraan Puan Tan Jin Yin. Majlis ini dimulai dengan ucapan Pn Teo Boon Hwa, Pengetua SMK Seri Kembangan, diikuti ucapan wakil guru dan diakhiri dengan ucapan Pn Tan Jin Yin. Aktiviti diteruskan dengan nyanyian oleh Pn Nor Aqmar diiringi beberapa orang murid bagi meraikan tamatnya perkhidmatan Pn Tan Jin Yin dalam perkhidmatan awam. Seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada Pn Tan Jin Yin oleh guru-guru yang memberikan hadiah dimulakan. Unit Multimedia juga antara unit yang menyampaikan hadiah kepada Pn Tan Jin Yin. Ini adalah hadiah kenangan sebagai tanda ingatan atas sumbangan dan sokongan kepada pihak sekolah. Sesungguhnya guru ini ialah seorang guru yang sangat istimewa. Majlis tamat tepat jam 9.30 pagi. Seusai majlis tamat, semua guru bergambar bersama-sama.

About The Author

Leave a Reply