Select Page

Pertandingan Bola Tampar MSSD 2022

Pertandingan Bola Tampar MSSD 2022

Pada 19 Julai (Hari Isnin) sehingga 22 Julai (Hari Jumaat) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan pertandingan bola tampar MSSD di gelanggang bola tampar perhampiran Dataran Ilmu, gelanggang bola tampar di tepi kantin dan di gelanggang bola tampar di padang .Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola tampar MSSD kali ini. Pasukan Lelaki memulakan pertandingan pada Isnin dan Selasa. Pusingan separuh akhir dan akhir diadakan pada hari Jumaat.  Seterusnya, pasukan perempuan memulakan pertandingan pada Rabu dan pusingan separuh akhir dan pusingan akhir pada hari Khamis. Pada hari Jumaat , semua peserta yang memenangi kejohanan ini berkumpul di Dewan PIBG Sekolah untuk majlis anugerah dan penyampaian hadiah. Sekolah kita berjaya merangkul tempat pertama bagi semua kategori yang dipertandingkan.

About The Author

Leave a Reply