
Pada 27 September 2019 (Jumaat) yang lalu,Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan ceramah kerjaya tentang “Special Child Education” di Dewan PIBG.Ceramah ini bermula pada pukul 11 pagi hingga 12:30 petang.Tujuan mengadakan ceramah kerjaya ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pendidikan khas kanak-kanak dan laluan kerjayanya.Tambahan pula,ceramah yang berkaitan”Special Child Education”dapat memberi galakan kepada pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dalam bidang akademik.
Leave a Reply