Select Page

Graduation Night 2023/2024

Graduation Night 2023/2024

Pada 20 April 2024(Sabtu) yang lalu, SMK SK telah mengadakan Majlis Graduation Night (2023/2024) di Bangi Resort Hotel. Majlis ini bermula pada pukul 5:50 p.m. dengan ketibaan Yang Berusaha Datuk Teo Geck Heng, Yang Di Pertua PIBG SMK Seri Kembangan diiringi oleh pentadbir masuk ke bilik VIP. Selepas nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri Selangor, yang berusaha Pn Teo Boon Hwa dijemput untuk memberi ucapa dan laporan beliau.
Majlis ini dimula dengan persembahan Gendang 24 Musim dam seterusnya diikuti dengan persembahan KPOP. Selepas menikmati makanan majlis diteruskan dengan persembahan Chinese Orkestra. Pasukan Chinese Orkestra telah membawa lagu “Na Xie Nian” dan “Nian Lun” dan majlis diteruskan dengan aktiviti cabutan bertuah. Bukan itu sahaja, calon PROM juga mempersembahkan persembahan dengan penuh semangat. Calon Prom terdiri daripada Oscar Tay, Michael, Loke Kelly, Wong Qin En dan Kang Ji Qin. Mereka telah mempersembahkan persembahan dengan menarik dengan itu majlis ini diikuti dengan undian PROM King dan PROM Queen.Selepas itu,majlis diteruskan dengan mempersembahkan lagu “Lian Ai Ai NG” dan lagu “Chang Huan” yang dibawa oleh pasukan pancaragam bagi meceriahkan majlis tersebut. Di samping itu, majlis diteruskan dengan cabutan bertuah kali kedua kepada semua senior. Akhirnya majlis telah sampai sesi pengumuman keputusan PROM king dan PROM queen pada tahun 2024/2025. PROM king pada tahun ini ialah Michael Lim dan PROM Queen ialah Loke Kelly. Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan liveband. Mereka telah mempersembahkan lagu “Hai Kuo Tian Kong” dan “Bu Yi Han”. Sebelum majlis ini ditamatkan dengan sesi photografi, para senior dijemputkan untuk menyanyi lagu sekolah. Akhirnya, majlis ini dilancar dengan berjaya dan ditamat pada pukul 10.10 malam.  

About The Author

Leave a Reply