Select Page

Taklimat ULBS Cina SPM 2023

Taklimat ULBS Cina SPM 2023

Pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) yang lalu, Taklimat ULBS Bahasa Cina SPM 2023 telah diadakan oleh SMK Seri Kembangan. Taklimat tersebut telah dijalankan pada 8.00 pagi hingga 9.00 pagi di Dewan PIBG. Dalam taklimat ini, Puan Chen Siew Choo telah menyampaikan ucapan menerangkan peraturan-peraturan bagi peperiksaan lisan Bahasa Cina SPM yang akan datang kepada semua pelajar tingkatan lima. Ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar tingkatan lima memahami langkah-langkah menduduki peperiksaan lisan tersebut. Selain itu, Puan Chen juga menggalakkan mereka untuk mempercayai kebolehan diri semasa peperiksaan lisan.

About The Author

Leave a Reply