Select Page

RIMUP Tahun Baru Cina 2023

RIMUP Tahun Baru Cina 2023

Pada 18 Januari 2023 (Jumaat), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan RIMUP Tahun Baru Cina 2023. Objektif majlis ini adalah untuk memupuk hubungan yang erat antara guru dan murid serta memperkenalkan keunikan perayaan ini. Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi di Dewan PIBG.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh penolong kanan kokurikulum SMK Seri Kembangan, Pn. Rosyatina A Razak. Seterusnya, pasukan Gendang 24 Musim menampilkan persembahan pembukaan untuk menceriahkan suasana.

Pelbagai persembahan yang menarik telah dipersembahkan oleh pasukan Orkestra Cina, pasukan Pancaragam, Kelab Diabolo, Kelab “Live Band” dan persembahan tarian juga turut dipersembahkan.

Pada 12.00 tengah hari, persembahan Tarian Singa telah ditampilkan di tempat letak kereta SMK Seri Kembangan. Majlis ini tamat pada jam 1.00 petang dengan suasana yang penuh ceria dan meriah.

About The Author

Leave a Reply