Select Page

Konsert Pancaragam 2022

Konsert Pancaragam 2022

Pada 17 Disember 2022 (Sabtu), pasukan pancaragam SMK Seri Kembangan telah mengadakan konsert pancaragam “Turn Back Time 2022”. Konsert ini diadakan pada 7.30 malam di auditorium sekolah. Konsert dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor. Selepas itu, ucapan pembukaan disampaikan oleh Pn. Teo Boon Hwa, Pengetua SMK Seri Kembangan. Seterusnya, ucapan perasmian disampaikan oleh Datuk Teo Geck Heng, YDP PIBG SMK Seri Kembangan. Seterusnya, beberapa buah lagu telah dipersembahkan oleh SK Wind. Pasukan pancaragam telah menjemput gendang 24 musim serta beberapa murid untuk menyanyi dan menari bagi memeriahkan suasana konsert. Konsert ini telah berjalan dengan lancarnya.

About The Author

Leave a Reply