Select Page

Seminar Additional Mathematics

Seminar Additional Mathematics

Pada 18 Julai 2019(Khamis) yang lalu,Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Seminar Matematik Tambahan di Bilik Tayang pada pukul 8:30 pagi hingga 9:50 pagi slot satu dan pada pukul 10:40 pagi hingga 12:10 tengah hari slot dua.Tujuan mengadakan seminar ini adalah untuk mendedahkan teknik-tekinik menjawab kepada calon SPM yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan.Tambahan pula,melalui Seminar Matematik Tambahan ini dapat menanam minat murid terhadap mata pelajaran tersebut.Seminar Matematik Tambahan dapat memberi pendedahan kepada murid cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah Matematik Tamabahan.Di samping itu,prestasi keputusan peperiksaan murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dapat ditingkatkan.Murid-murid sangat memberi perhatian semasa guru sedang mengajar teknik menjawab.

About The Author

Leave a Reply