
Pada 16 April 2018 (Isnin), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pertandingan bola tampar MSSD di dewan PIBG. Pengetua telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Sekolah kita telah mendapat johan dalam kategori lelaki U18, U15 dan juga perempuan U18, U15. Objektif penyampaian hadiah ini adalah untuk menghargai jasa para peserta kerana mereka bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Leave a Reply