Select Page

Penyampaian Sijil Pertandingan Muzik Antarabangsa Nan Feng

Penyampaian Sijil Pertandingan Muzik Antarabangsa Nan Feng

Pada 19 Ogos 2019 ( Isnin ), penyampaian sijil Pertandingan Muzik Antarabangsa Nan Feng telah diadakan di Dewan PIBG SMK Seri Kembangan semasa perhimpunan. Pasukan Orkestra Cina sekolah kita telah menyertai Pertandingan Muzik Orkestra Cina Nan Feng Peringkat Antarabangsa pada 11 Ogos 2019 ( Ahad ) di The Heritage Presidence dan telah memenangi tempat kedua. Cik Tee Poh Wah, selaku pengetua SMK Seri Kembangan, telah menerima hadiah daripada para pemenang. Taniah kepada kecemerlangan yang dicapai oleh Pasukan Orkestra Cina kali ini !

About The Author

Leave a Reply