Select Page

Penyampaian Hadiah Wushu Championship KPM WFM

Penyampaian Hadiah Wushu Championship KPM WFM

Pada 4 hingga 6 Mei 2018 yang lalu, pelajar Sin Xiu Xuan dari kelas 5M2 telah mengambil bahagian dalam pertandingan Wushu Championship KPM WFM yang berlangsung di Sarawak. Pelajar Sin Xiu Xuan telah mendapat tempat keempat dalam kategori Nan Quan dan tempat kedua dalam kategori Nan Gun. Penyampaian hadiah tersebut dijalankan di dewan PIBG SMKSK pada jam 7.45 pagi. Pelajar Sin Xiu Xuan telah mengharumkan nama sekolah ke peringkat negara dan murid-murid memberi tepukan yang gemuruh semasa penyampaian hadiah tersebut dijalankan.

About The Author

Leave a Reply