Minggu Teach For Malaysia

Pihak Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) telah menganjurkan program Minggu TFM 2019 di SMK Seri Kembangan pada 19 Julai 2019 dan 25 Julai 2019. Minggu TFM 2019 memberi peluang kepada tetamu-tetamu yang terdiri daripada pegawai – pegawai daripada pihak awam, swasta dan individu ternama dengan harapan dapat memberi inspirasi, suntikan semangat dan memperkasakan para pelajar untuk meningkatkan prestasi dari segi kurikulum atau kokurikulum melalui sesi pembelajaran dan interaksi yang diadakan. Individu yang telah hadir bagi Minggu TFM 2019 di SMK Seri Kembangan ialah Ting Choo Wai, Rakan Kongsi di PricewaterhouseCoopers (19 Julai 2019) Dr. Rusmini Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (25 Julai 2019). Minggu TFM 2019 telah memberi inspirasi dan semangat yang baru bagi para pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri dalam mengecapi prestasi pendidikan yang terbaik bagi masa hadapan mereka. Tambahan juga, program ini, telah memberi ruang dan platform bagi pihak awam dan swasta untuk lebih mengenali kerjasama yang dijalankan bersama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan YTFM dalam usaha mencapai pendidikan yang terbaik bagi negara kita.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*