Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Bahasa Cina 2019

Pada 29 Julai 2019 (Isnin), SMK Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Bahasa Cina 2019 di Dewan PIBG. Hadiah-hadiah tersebut disampaikan kepada pemenang-pemenang Kuiz Lisan Pentas, Pertandingan Peribahasa, Pertandingan Berpidato Secara Spontan, Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina, Pertandingan Nyanyian, Kuiz Teka-teki dan juga Pertandingan Perbahasan Bahasa Cina. Hadiah telah disampaikan oleh Cik Tee Poh Wah, Encik Mohd Yusuf bin Ibrahim, Pn Hajah Hindun bt Mohamad Nor, Pn Goh Siew Luan dan Pn Norizah kepada semua pemenang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*