KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD PETALING PERDANA (HARI KETIGA, RABU)
Pada hari Rabu yang lalu, SMK Seri Kembangan telah menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Tampar MSSD Petaling Perdana yang disertai oleh pelbagai wakil sekolah yang berumur 16-18 tahun. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 6 pagi dan aktiviti ini bermula pada pukul 8 pagi. Pertandingan ini dibantu oleh St John dan QM sekolah bagi melancarkan program ini. Pasukan sekolah kita layak ke peringkat yang seterusnya pada hari Jumaat yang akan datang. Taniah saya mengucapkan kepada SMK Seri Kembangan, SM Sri Kuala Lumpur, Dwi Emas International School yang layak ke peringkat setrusnya.