
Perhimpunan Rasmi(14-04-2025) Bulanan Badan Uniform Kadet Bomba, Perlantikan Ketua Tingkatan, Penyampaian hadiah Kelas 5 Bintang & Pasukan Diabolo, Program Raikan Kasih
Pada 14 April 2025, SMK Seri Kembangan telah mengadakan aktiviti bulanan Badan Uniform Kadet Bomba, Perlantikan Ketua Tingkatan, penyampaian hadiah Kelas 5 Bintang dan Pasukan Diabolo, serta Program Raikan Kasih.Pelantikan Ketua Tingkatan diadakan untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada ketua dan penolong ketua tingkatan supaya melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi.Selain itu, Program Raikan Kasih diadakan untuk meraikan hari jadi guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan April.Seterusnya, pihak sekolah telah menyampaikan bintang kepada kelas yang paling bersih dalam setiap tingkatan serta menyampaikan piala kepada pasukan Diabolo yang menang dalam pertandingan.