Select Page

Rimup Tahun Baru Cina 2020

Rimup Tahun Baru Cina 2020

Pada 22 Januari 2020 (Rabu), Rimup Tahun Baru Cina telah diadakan di Dewan PIBG bermula pada pukul 7:30 pagi. Sebahagian warga sekolah memakai baju berwarna merah sebagai simbolik untuk meraikan Tahun Baru Cina secara besar-besaran. Para guru telah membimbing pelajar-pelajar dengan baik untuk membuat persembahan semasa Rimup Tahun Baru Cina. Dato Teo Geck Heng dan Pengetua SMK Seri Kembangan, Cik Tee Poh Wah telah merasmikan majlis sambutan Rimup Tahun Baru Cina tahun ini. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara ‘Lou Shang’. Selepas itu, sambutan dihangatkan lagi dengan persembahan seperti Gendang 24 musim , Wushu, Chinese Orkestra, Tarian Tradisional, Nyanyian pelajar, Pancaragam dan juga Live Band. Sebahagian guru juga mengambil bahagian dalam ‘Fashion Show’ tahun ini. Persembahan ‘Lion Dance’ telah menarik tumpuan semua tetamu, guru-guru dan pelajar-pelajar. Rimup ini telah tamat pada pukul 11. 00pagi. Tuan pengetua, para pentadbir, tetamu jemputan serta para guru dijemput menjamu selera di Bilik Tayang.

About The Author

Leave a Reply