RIMUP Pesta Tanglung 2022

SMK Seri Kembangan telah menjalankan aktiviti RIMUP Pesta Tanglung pada 2 September 2022. Aktiviti ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Cina bersama Persatuan Bahasa Cina. RIMUP merupakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan dan tujuan aktiviti Pesta Tanglung ini untuk menjalinkan hubungan antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Majlis bermula pada 7.30 pm dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan lagu Negeri Selangor, diikuti ucapan alu-aluan pengetua sekolah Puan Teo Boon Hwa dan pengerusi PIBG Datuk Teo Geck Heng. Majlis perasmian adalah menyalakan Tanglung Kong Ming dan diikuti dengan perarakan ke luar sekolah dengan membawa tanglung. Pelbagai persembahan yang menarik seperti Gendang 24 Musim, tarian tradisi Cina, Wu Shu, Diabolo dan sebagainya.  Aktiviti Pesta Tanglung ini mendapat sambutan yang hangat dan diharap aktiviti RIMUP dapat diteruskan di SMK Seri Kembangan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*