Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat Daerah Petaling Perdana Bahasa Cina 2018

Pada 12 April 2018 (Khamis), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat Daerah Petaling Perdana Bahasa Cina 2018. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori sekolah menengah rendah dan kategori sekolah menengah tinggi. Pada pukul 7.45 pagi, pendaftaran telah dibuka kepada para peserta. Seterusnya, perasmian telah dimulakan dengan persembahan 24 Musim Gendang dan ucapan pengetua, En Tay Keng Lee. Selepas itu, pertandingan tersebut bermula pada pukul 9 pagi. Cik Wong San San, En Ho Soo Wei, Pn Tan Kham Wah, Cik Chong Sook Peng, Pn Chia Kah Lee, Cik Chan Ai Ping telah dijemput sebagai pengadil dalam pertandingan ini. Pertandingan ini telah ditamatkan secara lancar dengan penyampaian hadiah pada pukul 12.30 tengah hari. Tujuan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan minat kalangan pelajar dalam Bahasa Cina.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*