Majlis Penyerahan Barangan Keperluan Wabak Covid-19

Pada 13 Julai 2020, Pertubuhan Alumni SMK Seri Kembangan telah menyerahkan barangan – barangan keperluan dalam usaha menentang wabak Covid-19 termasuk pelitup muka, cecair dan peralatan pembasmi kuman. Usaha ini dijayakan menerusi kutipan derma yang dijalankan pada awal bulan Julai dan disokong oleh alumni dan masyarakat setempat. Terima kasih diucapkan kepada Pertubuhan Alumni SMK Seri Kembangan dan semua penderma.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*