RIMUP Perayaan Kuih Bulan 2018

Pada 21 September 2018 (Jumaat), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan RIMUP Perayaan Kuih Bulan 2018. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar sempena meraikan perayaan kuih bulan iaitu perayaan tradisional kaum cina dan ini merupakan kali ke-9 aktiviti ini dijalankan di SMK Seri Kembangan. Pada pukul 7.30 malam, aktiviti bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah dan ucapan Encik Tay Keng Lee, pengetua SMK Seri Kembangan serta Dato Teo Geck Heng. Selepas itu, beberapa persembahan seperti gendang 24 musim dan tarian tradisional telah dipersembahkan. Semoga program ini dapat dijalankan di SMK Seri Kembangan pada masa hadapan.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*