Program”Poojai”

Pada 18 Ogos 2017 (Khamis), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Program “Poojai”. Pada waktu 9.00 pagi, semua guru dan pelajar telah berkumpul dan bersedia untuk menjayakan program ini. Tuan Pengetua Encik Tay Keng Lee telah datang untuk menyampaikan ucapannya kepada para pelajar. Beliau berkata bahawa semua pelajar haruslah sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh dan gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan juga haruslah sentiasa bersahsiah baik. Beliau juga berharap semua pelajar dapat mempunyai masa hadapan yang cerah. Selepas itu, para guru dan pelajar India bersembahyang sebelum program tersebut berakhir. Tujuan Program ‘Poojai” tersebut diadakan adalah untuk melahirkan generasi muda yang lebih bersahsiah, berilmu dan berketerampilan untuk menhadapi cabaran pada masa yang akan datang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*