Program Teach For Malaysia 2018

Pada 14 Ogos 2018 (Selasa), Teach For Malaysia telah mengadakan suatu program khas di SMK Seri Kembangan. Mr Ronnie Lim Kheng Swee selaku Managing Director dan Country Head of Personal Financial Services United Overseas Bank Bhd telah mengunjungi SMK Seri Kembangan untuk memberikan ceramah yang sungguh memberangsangkan kepada para pelajar.

Ini merupakan suatu peluang unik untuk para guru dan pelajar menjalinkan kerjasama dan interaksi positif dengan pihak luar yang berkongsi visi menjadi rakan kongsi sistem pendidikan negara. Mereka akan memperolehi inspirasi dan pelbagai pengetahuan baru melalui sesi perkongsian yang mampu memperkasakan mentaliti dan jati diri mereka sebagai seorang pelajar.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*