Program Interaksi Pendidikan Dari Xihu, Nanchang,China

Pada 26 September 2017 (Selasa), Sepasukan guru dan murid dari Xihu, Nanchang, China telah datang ke sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan. Hal ini demikian kerana, Program Interaksi Pendidikan dari Xihu, Nanchang, China telah dijalankan di sekolah kami. Program ini telah dirasmikan dengan persembahan Pasukan 24 Musim Gendang 1 Malaysia serta ucapan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan, En Tay Keng Lee, PPN. Murid- murid dari Xihu, Nanchang, China juga membawa persembahan yang menarik tentang tradisi dan budaya negara China. Program ini ditamatkan dengan jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah. Harap tetamu dari China dapat datang semula!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*