Pesta Tanglung 2017

 

 

Pada hari 29 September 2017 ( Jumaat ), Sekolah Menengah Seri Kembangan telah mengadakan Sambutan Pesta Tanglung di dewan PIBG. Objektif bagi sambutan ini adalah untuk meraikan perayaan tradisional kaum Cina iaitu Pesta Tanglung serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Pada pukul 6.00 petang, peserta-peserta berkumpul di sekolah untuk mengadakan jamuan. Pada pukul 8.00 malam, sambutan dimulakan dengan ucapan Enck Tay Keng Lee, PPN, Tuan Pengetua Sekolah Menengah Seri Kembangan dan Dato Liew Yuen Keong. Selepas itu, sambutan diikuti dengan beberapa persembahan dan parade yang dijalankan oleh Pasukan Pancaragam dan semua peserta. Akhirnya, sambutan tersebut telah ditamat dengan sempurna.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*