Pertandingan Kuiz Kebudayaan Cina Peringkat Antarabangsa ke-6 2017

Pada 22 Julai 2017 ( Sabtu ), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Pertandingan Kuiz Kebudayaan Cina Peringkat Antarabangsa 2017 ( Kali ke-6 ). Pada waktu 12.30 tengah hari, pelajar-pelajar telah bersedia untuk mengalu-alukan ketibaan The Association of Graduates from Universities and Collages of China, En. Liu Yuan Dong dan first secretary of Embassy of the People’s Republic of China, En. Wong Zhi Min. Majlis dimulakan dengan acara Gendang 24 Musim 1 Malaysia. Tarian tradisional juga dipersembahkan. Seterusnya, Pengetua SMKSK, En Tay Keng Lee PPN memberikan ucapan permulaan. Ini diikuti oleh ucapan daripada En. Liu Yuan Dong dan En. Wong Zhi Min. Selepas itu, pertandingan kuiz bahasa cina dimulakan pada pukul 2 petang dan ditamatkan pada pukul 3 petang. Pertandingan ini diadakan supaya pelajar-pelajar dapat lebih mengenali tentang kebudayaan Cina.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*