Select Page

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2018

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2018

Pada 23 April 2018 (Isnin), Sekolah Menengah Kebangsaan Sei Kembangan telah melancarkan Kem membaca 1 malaysia (KM1M) 2018 pada 8.30 pagi di Dewan PIBG sekolah. Kem tersebut dirasmi oleh En. Tay Keng Lee, PPN pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan. Tujuan kem tersebut dijalankan adalah untuk menggalakkan pelajar banyak membaca serta meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan pelajar. Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini ialah Bicara buku, ‘Jom Baca Bersama 5 Minit’, Kuiz Membaca Akhbar, Pertandingan Menulis Sinopsis dan Pameran Buku. Semoga para pelajar mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan.

About The Author

Leave a Reply