Select Page

Minggu Kerjaya ke-21 tahun 2018

Minggu Kerjaya ke-21 tahun 2018

Pada 4 Jun 2018 (Isnin), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan aktiviti Minggu Kerjaya Kali ke-21 tahun 2018. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menggalakkan para pelajar melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di IPTA dan IPTS. Terdapat banyak aktiviti dijalankan pada minggu kerjaya seperti ceramah kerjaya, pamera kerjaya dan sebagainya. Guru-guru kaunseling telah memberi maklumat kepada pelajar dan ibu bapa mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS. Aktiviti minggu kerjaya telah membantu para pelajar membuat pemilihan kerjaya yang tepat bersesuaian dengan kelulusan dan minat pelajar.

About The Author

Leave a Reply