Majlis Perasmian Galeri Giwen Chang

Pada 13 Mac 2018 (Selasa), SMK Seri Kembangan telah mengadakan majlis perasmian Galeri Giwen Chang di Dewan PIBG.  Objektif majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua dermawan yang telah menyumbangkan dana bagi pembinaan Galeri Giwen Chang.  Pada pukul 8.30 pagi, majlis telah bermula dilancarkan selepas ketibaan tetamu jemputan.  Majlis diserikan dengan kebudayaan gendang 24 Musim 1 Malaysia dan Tarian Riben.  Selain itu, pengetua SMKSK, Encik Tay Keng Lee PPN  serta Dato’ Dr Alvin Chang Seng Koa memberikan ucapan kepada para hadirin.  Pada pukul 11.00 pagi, majlis telah tamat.  Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis perasmian Galeri Giwen Chang SMKSK 2018.           

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*