Majlis Buka Puasa

Pada 16 Jun 2017 (Jumaat), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan telah mengadakan Majlis Buka Puasa di bilik tayangan sekolah. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan warga SMKSK, di samping itu meraikan bulan puasa bersama-sama. Majlis ini telah bermula pada pukul 7 malam dengan solat maghrib yang disertai para guru dan pelajar beragama Islam. Solat ini telah diiringi oleh Encik Yusof. Setelah bersolat, para hadirin telah berkumpul di kantin sekolah untuk berbuka puasa dengan menikmati sajian yang disediakan. Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat Taraweeh yang berterusan sehingga pukul 10 malam dan berakhir.

.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*