Select Page

Konsert Orkestra Cina 2022

Konsert Orkestra Cina 2022

Pada 1 Oktober 2022 (Sabtu), Pasukan Orkestra Cina SMK Seri Kembangan telah mengadakan Konsert Orkestra Cina 2022. Konsert Orkestra Cina bertujuan memupuk kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ahli Orkestra Cina di samping memberi peluang kepada semua ahli Orkestra Cina untuk menunjukkan bakat mereka. Konsert Orkestra Cina 2022 bermula pada 6.45 pm di Auditorium sekolah. Konsert dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan Negeri Selangor. Selepas itu, ucapan disampaikan oleh pengerusi Orkestra Cina dan pengetua SMK Seri Kembangan, Pn. Teo Boon Hwa. Seterusnya, ucapan perasmian disampaikan oleh Encik Daniel Lim For Ying, Timbalan YDP PIBG SMK Seri Kembangan. Pasukan Orkestra Cina telah menjemput beberapa pasukan lain untuk membuat persembahan bersama seperti Gendang 24 Musim, Diabolo, pasukan tarian dan pasukan Pancaragam bagi memeriahkan suasana konsert. Pasukan Orkestra Cina juga telah membuat persembahan sebanyak 15 buah lagu. Konsert ini telah ditamat dengan lancarnya.

About The Author

Leave a Reply