Karnival Sukan

Pada 3 Oktober hingga 6 Oktober 2022, Sekolah Menengah Seri Kembangan telah mengadakan karnival sukan. Terdapat pelbagai pertandingan yang dijalankan semasa karnival ini ialah bola keranjang, bola jaring, bola sepak, bola tampar, catur, ping pong, softbol, dodgeball dan sebagainya. Pertandingan-pertandingan ini dianjurkan oleh kelab sukan masing-masing dan telah dijalankan dengan lancar. Tujuan karnival sukan ini adalah untuk memupuk semangat murid-murid melibatkan diri dalam pelbagai acara sukan. Hal ini demikian, dapat mewujudkan persaingan secara sihat dalam kalangan peserta serta mencerdaskan otak dan mencergaskan badan mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*