Select Page

Hari Sukan 2022

Hari Sukan 2022

Pada 15 Julai 2022 bersamaan hari Jumaat, SMK Seri Kembangan telah mengadakan Hari Sukan Tahunan yang ke-34. Hari sukan ini diadakan di padang sekolah yang terletak berhampiran Auditorium SMK Seri Kembangan. Semua murid sesi petang berkumpul di dewan PIBG dan dataran ilmu, manakala murid sesi pagi berada di dalam kelas masing-masing untuk diambil kehadiran. Semua murid kemudiannya bergerak ke padang dan duduk di tempat yang disediakan. Manakala para guru bergerak ke lokasi bertugas sekiranya bertugas, dan selebihnya duduk di khemah yang disediakan.Seterusnya, para olahragawan dan olahragawati bagi setiap rumah sukan serta peserta perbarisan bersedia di tempat masing-masing. Aktiviti dimulakan dengan ucapan pengacara majlis diikuti bacaan doa oleh wakil murid. Selanjutnya aktiviti diteruskan dengan ucapan oleh Pn Pengetua diikuti oleh ucapan perasmian daripada wakil PIBG. Selesai acara perbarisan, wakil rumah sukan iaitu Kenneth membacakan ikrar dan acara dimulai dengan acara balapan 100m bagi kelas L1, P1, L2, P2, L3, P3, 4X100M L1,P1,L2, P2, L3, P3. Acara diteruskan dengan pertandingan tarik tali bagi tempat ketiga, naib johan dan johan. Acara terakhir yang dipertandingkan adalah acara 1 guru, 1 ibu/bapa, 1 anak. Akhir sekali, upacara penyampaian hadiah oleh barisan pentadbir kepada setiap pemenang. Olahragawan dan olahragawati telah dimenangi oleh peserta daripada rumah Kenyalang. Hiasan khemah dan perbarisan telah dimenangi oleh rumah Jentayu dan juara keseluruhan telah dimenangi oleh rumah sukan Kenyalang.

About The Author

Leave a Reply