Sambutan Hari Kemerdekaan

Pada hari 25 Ogos 2017 (Jumaat), Sekolah Menengah Seri Kembangan telah menganjurkan Rimup Ambang Merdeka di dewan PIBG. Objektif sambutan Rimup Ambang Merdeka dianjurkan adalah untuk meraikan Hari Kemerdekaan bersama-sama pelajar dan menghargai jasa pejuang-pejuang yang telah mencapai kemerdekaan negara kita. Semua pelajar diminta berkumpul di dewan PIBG pada pukul 7:30. Pada pukul 8 pagi, perarakan telah dijalankan dengan pasukan basikal rumah sukan masing-masing , pasukan Pancaragam dan semua warga sekolah SMKSK. Selepas itu,para guru dan pelajar menyanyikan Lagu Negaraku .Kemudian, Encik Tay Keng Lee, PPN , Tuan Pengetua Sekolah Menengah Seri Kembangan dan Dato Liew Yuen Keong telah menyampaikan ucapan. Penyampaian hamper kepada ketua rumah sukan telah diberikan oleh Pengetua. Kedua-kedua pelajar telah menyanyikan lagu bernama ‘ Satu Malaysia ‘ . Selepas itu, pelajar taekwondo dan wushu telah menjalankan persembahan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*